KENAPA KITAB AL-UMM TIDAK DIJADIKAN SILIBUS PENGAJIAN
1) Baru hari ini berkesempatan nak komen isu yang dibangkit seorang naugthyzen yang cuba mempertikaikan mengapa kitab karangan Imam Syafi'i رضي الله عنه sendiri, iaitu al-Umm tidak diajar di surau, masjid, pondok, madrasah dan lain².
2) Alasan yang dia lontarkan cukup dangkal kerana ia berbentuk fitnah yang tidak berasas. Sesiapa yang ingin tahu alasannya boleh cari sendiri di media sosial.
3) Mengapa bukan kitab al-Umm tidak dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran di peringkat perdana? mengapa hanya digunakan kitab² fiqh yang dikarang oleh ulama mutakhir mazhab Syafi'i seperti Imam Nawawi, Ibn Hajar, al-Ramli, Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori, al-Khatib al-Syirbini dan ramai lagi رحمهم الله تعالى.
4) Senang cerita, kitab² mutakhir sudah dituntaskan dengan pandangan yang muktamad di dalam mazhab Syafi'i. Pendek cerita dalam kitab² fiqh mutakhir mudah untuk kita kenal pandangan yang kuat dan muktamad berbanding kitab² mutaqaddim seperti kitab al-Umm itu sendiri.
5) Berbanding kitab al-Umm, di dalamnya terkandung dan bercampur aduk antara pandangan muktamad dan tidak muktamad bahkan banyak pandangan² lemah di dalamnya. Jadi sesiapa yang mengajar kitab al-Umm dia wajib mampu membezakan antara yang pandangan yang kuat(muktamad) dan lemah.
6) Kitab al-Umm adalah kitab hasil tangan Imam Syafi'i sendiri. Namun dalamnya juga ada banyak penambahan yang dimasukkan oleh anak murid beliau, iaitu Imam al-Rabi' bin Sulaiman al-Muradi. Beliau memasukkan qaul-qaul(fatwa) Imam Syafi'i yang lain yang tidak sempat dimuatkan dalam kitab al-Umm.
7) Ini bermakna ada banyak fatwa² Imam Syafi'i yang tidak sempat Imam Syafi'i catat dan ubah dalam kitab al-Umm tetapi diriwayatkan oleh anak² muridnya kemudian Imam al-Rabi' memasukkan di dalam kitab al-Umm.
8)) Riwayat² fatwa yang Imam al-Rabi' masukkan adalah fatwa dan pandangan lain Imam Syafi'i selain daripada yang tertulis dalam kitab al-Umm. Maksudnya banyak fatwa-fatwa baharu yang lain Imam Syafi'i putuskan ketika di Mesir. Perubahan fatwa dari masa ke semasa di satu tempat perkara yang biasa berlaku dalam kalangan ulama mujtahid.
9) Ini bermakna dalam satu permasalahan fiqh yang dibahaskan dalam kitab al-Umm terdapat dua pandangan Imam Syafi'i sendiri yang berbeza bahkan bertentangan antara satu sama lain. Bukan dua qaul(fatwa) sahaja, bahkan adakala satu permasalahan fiqh terdapat 3 qaul Imam Syafi'i yang berbeza antara satu sama lain.
10) Sebagai contoh satu permasalahan fiqh, menurut Imam Syafi'i dalam kitab al-Umm:
i- Apabila seseorang yang bermusafir menemui air yang tidak cukup untuk menampung wuduk pada seluruh anggota² wuduknya, maka dia tidak perlu berwuduk sedikit pun, hanya perlu sekali tayammum.
ii- Namun Imam Al-Rabi’ meriwayatkan satu lagi qaul(fatwa) Imam Syafi'i yang lain untuk permasalahan yang sama, iaitu si musafir itu mesti membasuh sebahagian anggota² wuduk dengan kadar air yang ada. Manakala anggota yang tak kena air wuduk sebab tak cukup air, wajib digantikan dengan tayammum.
11) Jadi mereka yang tidak mahir fiqh mazhab Syafi'i, macamana yang nak memuktamadkan antara kedua² pandangan dari Imam yang sama dan permasalahan yang sama? Dalam al-Umm berlambak dan beratus pertembungan macam ni.
12) Permasalahan di atas berkaitan bab toharah, mungkin sesetengah pihak senang nak kenal yang mana satu muktamad dan lemah sebab bab toharah dah biasa belajar. Cuba baca bab² yang payah seperti bab haji, muamalat, munakahat, hudud dan jenayah ada berlambak pertembungan qaul² Imam Syafi'i dalam kitab al-Umm.
13) Kalau anda mampu cuba baca dan ajar dari kulit ke kulit kitab al-Umm kemudian sila tentukan yang mana satu pendapat yang muktamad antara qaul²(fatwa) Imam Syafi'i yang bercanggah.
"Kalau hang tera hang cuba buat" tanpa sedikit pun rujuk kitab² fiqh Syafi'i yang mutakhir.
Demi Allah, terus terang saya tidak mampu.
Wallahu A'lam
Mengapa Kitab al Umm tidak dijadikan Silabus Mengaji
0 Komentar