Adab - Adab Menziarahi Rasulullah ﷺ

Adab - Adab Menziarahi Rasulullah ﷺ 

dari kitab الذَّخَائِرُ القُدْسِيَّةِ في زِيَارَةِ خَيْر البَرِيَّةِ :.

- Bab Adab Menziarahi Rasulullah ﷺ

1. Masuk dari arah kepala Baginda ﷺ (Babus Salam)

2. Jangan membelakangkan Baginda ﷺ

3. Mulakan dengan berhenti seketika ketika nak melangkah masuk

4. Baca ayat 57 Surah Al Ahzab :

 إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

5. Kemudian ikuti dengan selawat sebanyak 70 kali : 

صلى الله عليك يا سيدي يا رسول الله

6. Diikuti dengan doa & hajat dunia dan akhirat

7. Sunat tundukkan pandangan, jangan sibuk tengok perhiasan @ apa-apa perkara lain yang cantik dan menarik di dalam laluan ziarah, kerana bersalahan dengan adab kepada Rasulullah ﷺ

8. Ada sebahagian ulama’ anjurkan untuk ziarah Saidina Abu Bakar & Saidina Umar Al Khattab رضي الله عنهم terlebih dahulu, kerana nak tawassul sebelum ziarah Rasulullah ﷺ

9. Doa ketika ziarah Rasulullah ﷺ, adalah menghadap maqam Rasulullah ﷺ

10. Jaga adab, jangan membelakangkan Rasulullah ﷺ

11. Sunat untuk ziarah maqam Baginda ﷺ dengan sedikit lama

12. Pegang @ sentuh apa-apa yang berkaitan, dengan niat Tabarruk dengan Baginda ﷺ, bukan suka-suka @ tiru orang lain tanpa ilmu

13. Sebelum balik, sunat untuk solat sunat 2 rakaat (selain waktu haram solat) sebagai wada’

14. Kemudian ziarah wada’ dengan Rasulullah ﷺ dan usahakan untuk menangis sebagai alamat dan rasa sedihnya berpisah dengan Rasulullah ﷺ

15. Dianjurkan untuk keluar dalam keadaan mengundur (tidak membelakangkan Rasulullah ﷺ) sebagai adab dengan Sayyidil Wujud, Rasulullah ﷺ

16. Sunat untuk bersedekah sebelum memulakan safar (kembali ke tempat masing-masing)

17. Kena tanam dalam diri, sebaik keluar dari Madinatun Nabiyy, bai’ah dalam diri, akan sungguh-sungguh meninggalkan maksiat sehinggalah kembali kesisi Allah ﷻ

18. Sunat juga membeli hadiah kepada ahli keluarga sekembali dari safar (air, tamar dll)

Disampaikan Maulana Ahmad Lutfi Abu Faqeh حفظكم الله

0 Komentar