Wasiat Syeikh Abdullah Fahim bin Syeikh Ibrahim (1869M - 1961M)

Wasiat Syeikh Abdullah Fahim bin Syeikh Ibrahim (1869M – 1961M) Berkenaan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jama'ah Yang Menjadi Ijma' Ulama' Melayu di Tanah Melayu 

* * * * *

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ، (أَمَّا بَعْدُ):

“Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMalaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadi-qadi, ulama’-ulama’, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al-Imām al-Shāfiʿī ijmāʿan, tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Shāfiʿī (يَحْرُمُ خَرْقُ الْإِجْمَاعِ) “haram hukumnya mencarik/ merobek ijmaʿ”. 

[MANHAJ FIQH]

Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Shāfiʿī daripada kitab Tuḥfah dan kitab Nihāyah hingga kitab al-Umm dan mukhtaṣarātnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabīl al-Muhtadīn, Bughyat al-Ṭullāb dan Maṭlaʿal-Badrayn dan lainnya.

[MANHAJ AQIDAH] 

Usuluddin atas perjalanan Abu al-Hasan al-Ashʿarī, diambilkan daripada shurūḥ dan hawāshī Umm al-Barāhīn dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.

[MANHAJ TASAWUF]

Ilmu Tasawuf atas perjalanan al-Imām al-Ghazālī, diambilkan daripada Minhāj al-ʿĀbidīn, Ihyāʾ ʿUlūm al-Dīn dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyar/Sayr al-Sālikīn.

Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbaṭ daripada Qur’an dan Hadith yang dihalusi dan ditapis oleh ulama’ ajillāʾ (ulama yang cemerlang lagi terbilang), diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu (1000) tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.”

Semoga bermanfaat.

PENUNTUT ILMU


0 Komentar