Ibn Taimiyyah Berkata Neraka Itu Akan Binasa

Jahm Ibn Safwan adalah ketua bagi kelompok sesat Jahmiyyah di zaman dahulu yang mendakwa bahawa Syurga dan Neraka akan musnah.

Setelah itu datang Ibn Taymiyyah mengarang sebuah kitab menolak ajaran Jahm Ibn Safwan ini dengan menamakan kitabnya الرد على من قال بفناء الجنة والنار  (bantahan terhadap orang yang mengatakan dengan kebinasaan syurga dan neraka).

Pada anggapan Ibn Taymiyyah barangsiapa yang mengatakan syurga dan neraka binasa kedua-duanya sekali maka kafir dia, tetapi jika mengatakan neraka sahaja binasa itu maka itu tidak mengapa.

Namun Ibn Taimiyyah telah mengambil separuh daripada pegangan Aqidah Jahm ibn Safwan berkenaan tentang Neraka dan dia cuba mengelirukan atau mewahamkan orang yang menelaah bukunya bahawa pendapat dia ini kononnya berdasarkan al-Quran dan Sunnah dan mendakwa tidak ada ijma‘ muslimin atas kekekalan neraka. 

Kenyataan Ibnu Taimiyyah telah disokong oleh anak muridnya sendiri.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah meneruskan sebaran akidah yang batil ini daripada gurunya dan dia telah mengithbatkan ini adalah pendirian ibn Taymiyyah sendiri, di dalam kitabnya yang dinamakan dengan حادي الأرواح إلى بلاد الأفراح, مطبعة المدني, hlm. 354. Berkata ibn Qayyim al-Jawziyyah:

الرابع قول من يقول يخرجون منها وتبقى نارًا على حالها ليس فيها أحد يعذب حكاه (شيخ الإسلام) والقرءان والسنة أيضا يَرِدَان على هذا القول كما تقدم " اهـ

Maknanya: “Keempat ialah pendapat orang-orang yang berkata, orang-orang kafir akan keluar dari neraka, dan kekal neraka sebagaimana halnya, dan tidak akan ada lagi seorang pun yang akan diseksa di dalamnya. Pendapat ini telah disebut oleh ibn Taymiyyah, dan al-Quran dan Sunnah juga wārid berdasarkan pendapat ini, seperti yang telah lalu penjelasannya."

Kemudian pada hlm yang sama ibn Qayyim al-Jawziyyah mengatakan :

" السابع: قول من يقول بل يُفنيها ربها وخالقها تبارك وتعالى، فإنه جعل لها أمدا تنتهي إليه ثم تفنى ويزول عذابها. قال (شيخ الاسلام): وقد نُقل هذا القولُ عن عمر وابن مسعود وأبي هريرة وأبي سعيد وغيرهم " اهـ.

Maknanya: “Yang ketujuh: Pendapat orang-orang yang mengatakan;  Allāh membinasakan neraka. Dan Penciptanya yakni Allāh menjadikan bagi neraka ada tempoh berakhirnya, kemudian neraka jadi binasa dan hilang seksaan neraka. Berkata (ibn Taymiyyah): Pendapat ini diriwayatkan daripada ‘Umar, Ibn Mas‘ūd, Abu Hurayrah, Abu Sa‘id, dan lain-lain.” 

Pada halaman 355 ibn Qayyim ketika menukilkan kalam ibn Taymiyyah al-Harrani mengatakan:

بل ما أخبر الله به هو الحق والصدق الذي لا يقع خلافه لكن إذا انقضى أجلها وفنيت تفنى الدنيا لم تبق نارا ولم يبق فيها عذاب.اهـ

Maknanya: “Bahkan apa yang Allāh khabarkan kepada kita adalah kebenaran dan kejujuran yang tidak boleh dibantah, tetapi jika ajalnya telah habis dan ia telah binasa, maka dunia akan binasa, dan tidak akan kekal neraka dan tidak akan ada siksaan yang tersisa di dalamnya.”

Ibnu Taimiyyah suka membuat pendustaan dan pembohongan di atas nama Al-Quran dan As Sunnah sehingga dikalangan sahabat pon tidak terlepas daripadanya.

Ajaran dia ini juga telah diikuti anak muridnya Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.

Sedangkan keyakinan orang Islam mengenai Syurga Dan Neraka telah dijelaskan oleh Imam al-Toḥawiyy as-Salafi, dia di antara ulama salaf yang masyhur.

Beliau menegaskan antara keyakinan para salafus-soleh yang disepakati di dalam kitabnya al-‘Aqidah at-Toḥawiyyah, hlm 26:

وَالْجَنَّةُ وَالنَّارُ مَخْلُوقَتَانِ، لَا تَفْنَيَانِ أَبَدًا وَلَا تَبِيدَانِ
Maknanya: "Syurga dan neraka adalah dua makhluk, dua perkara yang telah diciptakan, yang tidak akan lenyap selama-lamanya dan tidak akan binasa".

Hakikat sebenar bagi Ibnu taimiyyah adalah dia telah ditolak ramai ‘ulama seperti yang disebutkan oleh: 

Syaikh ibn Hajar al-Haitamiyy al-Makkiyy as-Syafi‘i dalam kitabnya الفتاوى الحديثية, hlm. 207 ketika beliau menyenaraikan permasalahan-permasalahan ibn Taymiyyah yang bercanggah dengan ijma‘ umat Islam, seterusnya beliau menyifatkan kesesatan-kesesatan ibn Taymiyyah ini dengan الكفر البراح الصريح iaitu ia kekufuran yang nyata lagi sorih.

قال وإن العالم قديم بالنوع ولم يزل مع الله مخلوقًا دائمًا فجعله موجبًا بالذات لا فاعلاً بالاختيار تعالى الله عن ذلك، وقوله بالجسمية، والجهة والانتقال، وانه بقدر العرش لا أصغر ولا أكبر، تعالى الله عن هذا الافتراء الشنيع القبيح والكفر البراح الصريح وخذل متبعيه وستت شمل معتقديه، وقال إن النار تفنى. اهـ

Maknanya: “Ibnu Taymiyyah mengatakan sesungguhnya alam qadīm dengan jenisnya dan senantiasa kekal bersama Allāh sebagai makhluk, 

maka dia telah meletakkan alam itu wajib ada pada dzat Allāh bukan Dia yang menciptakannya dengan ikhtiar (kehendak-Nya). 

Padahal Maha Suci Allāh ta‘ālā daripada disifatkan dengan perkara yang sedemikian itu. 

Ibn Taymiyyah berpendapat dengan akidah tajsīm (menyifatkan Allāh dengan sifat-sifat jisim), mempunyai arah, berpindah-randah, dan dia menyakini bahawa Allāh bersaiz seukuran Arasy bukan lebih kecil atau pun lebih besar dari itu. 

Maha Suci Allāh ta‘āla daripada pendustaan atau pembohongan yang amat keji, amat buruk, dan kekufuran yang jelas lagi sōrīh. 

Semoga Allāh ta‘ālā tidak memberikan tawfiq kepada pengikutnya dan semoga Allāh memecah-belahkan kesatuan orang yang mempercayainya. 

Ibn Taimiyyah berkata neraka itu akan binasa”. Intaha.

Lagi...

Dalam kitab فرقان القرآن بين صفات الخالق وصفات الأكوان, tulisan المحدث سلامة القضاعي العزامي الشافعي (salah seorang ulama terkemuka al-Azhar), pada hlm 135 menyebutkan:

وقد جمع تلميذه ابن زفيل وهو المعروف بابن القيم سفاهاتِه ووساوسَه في أصول الدين في قصيدتِه النونية، وبينما تراه يسبُّ جهما والجهمية، إذا بك تراه يأخذ بقوله في أن النار تفنى وأن أهلها ليسوا خالدين فيها أبدا. اھ

Maknanya: 

"Murid ibn Taymiyyah iaitu ibn Zafīl yang dikenali dengan ibn Qayyim telah menghimpunkan kebodohan-kebodohan ibn Taymiyyah dan hasutan-hasutannya dalam ushūluddin di dalam qasidahnya "al-Nuniyyah". 

Di saat kamu melihat ibn Taymiyyah mencela Jahm bin Safwan dan kelompok Jahmiyyah, tiba-tiba kamu melihat ibn Taymiyyah mengutip pula pendapat Jahm bin Safwan mengenai kebinasaan neraka dan penghuninya tidak kekal berterusan di dalam neraka selama-lama". 

Semoga bermanfaat dan beritahu info yang penting ini kepada yang lain.

0 Komentar